Lelaki Maut Lepas Terjun Dari Tingkat Atas Masjidil Haram

MEKAH – Seorang jemaah nekad membunuh diri di Masjidil Haram, Arab Saudi, ketika solat tarawih sedang berlangsung.

Saudi News FR, menerusi entri di akaun Twitter rasminya melaporkan, siasatan awal mendedahkan lelaki berusia 26 tahun itu merupakan seorang warganegara Asia yang menetap di Eropah.

Rakaman kamera litar tertutup mendedahkan, lelaki tersebut terjun dari tingkat atas dan maut di tempat kejadian.

Pihak berkuasa Arab Saudi berkata, kenyataan mengenai kes tersebut akan dikeluarkan setelah siasatan polis selesai. – Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.