Wanita Vietnam Dan Empat Individu Ditahan Kes Pemandu Uber Dipukul

GEORGETOWN – Empat individu, termasuk seorang wanita Vietnam direman empat hari bagi membantu siasatan berhubung kes pemandu Uber dipukul, selepas didakwa cuba mencabul wanita Vietnam berkenaan di Lintang Paya Terubong, di sini, Selasa lalu.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Muna Maria Azmi pada jam 11.45 hari ini. Wanita Vietnam yang berumur 43 tahun itu ditahan anggota polis petang semalam, bagi membantu siasatan berhubung laporan polis yang dibuat pemandu Uber terbabit.

Dalam kejadian pada jam 3.56 petang itu, seorang pemandu Uber yang mahu mengambil wanita Vietnam berkenaan di Lintang Paya Terubong, tiba-tiba diserang dan dipukul oleh sekumpulan lelaki kerana didakwa mencabul wanita terbabit. Kejadian itu dirakamkan dalam video berdurasi empat minit 22 saat, yang kemudiannya menjadi viral di laman sosial.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.