Shuib Pernah Digoda Dengan Peminat ‘Gatal’ Di Hadapan Sarah


SEJAK kebelakangan ini, selebriti Shuib Sepahtu dan isterinya, Siti Sarah Raisuddin sering kali mencuri tumpuan media ekoran keromantisan yang ditonjolkan mereka.

Dalam mengecapi kebahagian bersama, Sarah mendedahkan pernah berhadapan dengan situasi suaminya cuba digoda dengan peminat ‘gatal’ di hadapan matanya.

Bukan itu sahaja, ada juga yang berani menghantar mesej-mesej nakal kepada pelawak terkenal itu sedangkan satu Malaysia tahu statusnya yang merupakan suami Sarah.

Meskipun diuji dengan hal itu, Sarah memilih untuk bersikap tenang kerana dia percaya akan kasih sayang suaminya.

“Secara jujurnya, perkara ini pernah berlaku di depan mata Sarah apabila ada peminat cuba menggoda Shuib. Bagaimanapun Sarah tak adalah sampai tahap nak pergi serang peminat terbabit.

“Sarah seorang yang percaya pada jodoh dan kalau jodoh itu memang milik kita, Insya-Allah tiada apa yang akan berlaku.

“Ada Shuib tunjukkan pada Sarah mesej nakal yang diterima daripada peminat. Sarah baca saja. Insya-Allah Sarah tidak pernah meragui kesetiaannya,” katanya kepada BH Online.

Shuib sememangnya cukup terkenal dengan sikap sweetnya terhadap Sarah. Sebelum ini, dia pernah menghadiahkan rumah kepada isterinya sempena kelahiran cahaya mata mereka yang ketiga.

Bukan itu sahaja, Shuib juga pernah mengadakan majlis resepsi untuk isterinya baru-baru ini sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang keenam


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.