Saharul Ridzwan Akui Masih Terkejut & Teruja

KUALA LUMPUR – Pelakon Saharul Ridzwan mengakui masih terkejut dan tidak dapat menggambarkan perasaan bergelar bapa kepada cahaya mata lelaki sulungnya Selasa lepas.

Jelas pelakon Kau Aku Kita ini, dia berterima kasih kepada smeua pihak yang telah mendoakan kelangsungan proses kelahiran bayi seberat 2.8 kilogram (kg) itu.

“Alhamdulillah, saya bersyukur isteri dan anak berada dalam keadaan sihat. Terima kasih di atas doa semua pihak. Perasaan bergelar bapa ini tak boleh digambarkan dengan kata-kata.

“Sekarang saya tak fikir untuk diri sendiri, cuma fikir untuk masa depan anak ini nanti. Insya-Allah, saya akan terus berusaha dan bekerja keras demi masa depan putera sulung kami ini.

“Sebelum bersalin, memang saya cukup risau dengan keadaan isteri dan anak. Tapi semuanya berjalan dengan lancar. Nama setakat ini belum boleh diumumkan, masih memilih,” katanya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.