Raja Ahmad Zainuddin Meninggal Dunia

IPOH — Bekas naib presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar meninggal dunia di sebuah hospital swasta di sini hari ini.

Adik Allahyarham Raja Azizah berkata abangnya menghembuskan nafas terakhir pada kira-kira pukul 8.30 pagi ini akibat jangkitan kuman.

Jenazah akan dibawa ke kediamannya di Ampang, di sini sebelum dikebumikan di tanah perkuburan Islam Jalan Bendahara selepas solat Jumaat, katanya ketika dihubungi Bernama.

Raja Ahmad Zainuddin, 69, merupakan bekas anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kubu Gajah dan Adun Batu Kurau serta bekas anggota parlimen Larut dari 1999 hingga 2008.

Selain itu beliau pernah menjadi pengerusi Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan dan pengarah Lembaga Urusan Tabung Haji.

Beliau juga pernah menjadi ketua editor Berita Perak dan penulis di Berita Harian. — Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.