PM Ucap Tahniah Kejayaan 5 Universiti Catat Peningkatan Ranking


KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada lima universiti awam negara yang berjaya menduduki dalam kelompok 300 universiti terbaik dunia dalam senarai Ranking Universiti Dunia QS 2017/2018.

Lima universiti berkenaan ialah Universiti Malaya (UM) di tangga ke-114, Universiti Putra Malaysia (UPM-229), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM-230), Universiti Teknologi Malaysia (UTM-253 dan Universiti Sains Malaysia (USM) di tangga ke-264.

“Tahniah kepada Naib-naib Canselor UM, UPM, UKM, UTM dan USM di atas lonjakan ranking universiti seperti yang diumumkan,” kata Najib menerusi laman Twitternya, tengah malam tadi.

Semua universiti berkenaan berjaya memperbaiki kedudukan masing-masing berbanding tahun lepas iaitu UM di tempat ke-133 tahun lalu, UPM (270), UTM (288), UKM (302) dan USM di tangga ke-330. – BERNAMA


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.