PKR Kelantan Belum Letak Jawatan

PETALING JAYA – Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, PKR Kelantan masih belum meletak jawatan lantikan politik di negeri itu.

Mengulas lanjut berhubung perkara itu, beliau berkata ia bakal dilaksanakan sepenuhnya menjelang akhir Julai ini.

“Masalah ini akan diselesaikan. Dalam urusan pentadbiran ada aspek teknikal yang perlu dilalui sebelum tindakan diambil,” katanya, ditemui selepas menghadiri mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan hari ini.

Pada 16 Mei lalu, bekas senator Saiful Izham Ramli, menyarankan anggota dan pimpinan PKR di Kelantan meletak semua jawatan lantikan politik berhubung keputusan PAS memutuskan kerjasama politik dengan parti itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.