Phil Collins Rebah,Tangguhkan Persembahan

LONDON – Penyanyi veteran pop, Phil Collins menangguhkan jelajah persembahannya selepas terjatuh di bilik hotel dan perlukan penjagaan di hospital.

Menurut AFP, penyanyi pop yang baru saja kembali membuat persembahan pertamanya selepas satu dekad, berkata dia tergelincir dan terhentak kepalanya atas kerusi apabila dia bangun ke bilik air pada waktu malam di hotelnya.

“Beliau telah dibawa ke hospital di mana beliau mempunyai jahitan luka yang teruk di kepalanya berhampiran dengan matanya dan pulih dengan baik. Dia akan diberi perhatian selama 24 jam,” kata satu kenyataan di laman Facebooknya.

Sehubungan itu, penyanyi yang berusia 66 tahun itu – dikenali dengan lagu popular pada tahun 1980-an termasuk “Against All Odds” dan “In the Air Tonight” – tangguhkan persembahannya yang dijadualkan pada semalam dan hari ini di Royal Albert Hall di London.

“Phil Collins permohonan maaf ikhlas dan terima kasih kepada peminat,” kata kenyataan itu. Belia akan mengatur semula jadual persembahannya.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.