Najib Ucap Takziah Kemangkatan Adinda Sultan Selangor

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan takziah atas kemangkatan, adinda Sultan Selangor, Yang Amat Mulia, Tengku Puteri Sofiah Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, hari ini.

Dalam catatan terbaharu di laman sosial Twitternya malam tadi, Najib turut mendoakan agar Almahrum dicucurkan rahmat.

“Innalillahiwainnailaihiraajiun. Terima berita sedih kemangkatan YAM Tengku Puteri Sofiah, adinda Sultan Selangor.

“Semoga roh dicucuri rahmat. Al-Fatihah,” kata Najib.

Tengku Puteri Sofiah, 68, mangkat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang, kira-kira pukul 4 petang tadi dan jenazahnya dibawa ke Masjid Istana Diraja, Istana Alam Shah, Klang untuk disembahyangkan.

Majlis pemakaman jenazah dijangka disempurnakan di Makam Diraja Shah Alam di Seksyen 5, Shah Alam pada kira-kira 10 pagi esok. – UTUSAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.