Mahathir Rampas Kuasa Dalam Pakatan Harapan?

Laporan media sebelum ini menyebut bahawa Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) telah mencadangkan supaya pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad dan presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai pengerusi dan presiden Pakatan Harapan.

Sementara presiden PKR, Datuk Seri Dr.Wan Azizah Wan Ismail pula dicadangkan sebagai timbalan pengerusi menakala Anwar Ibrahim pula dicadangkan sebagai penasihat.

PPBM juga mencadangkan Datuk Seri Azmin Ali sebagai timbalan presiden.

Kalau diiikutkan kepada cadangan berkenaan, jelas menunjukkan bagaimana PPBM yang ditubuhkan kurang setahun lalu mahu mengetuai pakatan berkenaan dengan meletakkan Mahathir sebagai pengerusi.

Memandangkan Anwar berada di penjara selepas didapati bersalah kerana meliwat pembantunya maka ia meletakkan Mahathir sebagai mengetuai pakatan berkenaan jika cadangan itu diterima. Jelas di sini PPBM, sebuah parti yang kecil akan menjadi ketua.

Ia umpama rampas kuasa dan dalam hal ini, ia merupakan satu percaturan yang bijak daripada Mahathir, yang diketahui mempunyai pengalaman yang banyak dalam politik negara.

Jika dulu DAP dikatakan menguasai Pakatan Harapan, namun kini Mahathir telah berjaya meletakkan dirinya di depan. Anwar Ibrahim juga sudah tenggelam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.