Lydiawati Didenda RM4,000 Atau Penjara 14 Bulan Atas Dakwaan Memukul Peniaga

KUALA LUMPUR – Pelakon popular era 1980-an, Lydiawati hari ini didenda RM4,000 atau penjara 14 bulan oleh Mahkamah Majistret Ampang dekat sini hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan mencederakan seorang peniaga wanita warga Brunei, Mac tahun lalu.

Majistret Haslinda A. Raof menjatuhkan hukuman tersebut selepas pelakon berusia 51 tahun itu menukar pengakuannya kepada bersalah pada hari pertama perbicaraan kes tersebut.

Lydiawati atau nama sebenarnya Salina Zaimon didakwa dengan sengaja mencederakan Sharifah Harnizam Wan Musa, 44, dengan cara memukul mangsa menggunakan besi di sebuah hotel di Jalan Mamanda 9, Ampang dekat sini, kira-kira pukul 6.30 petang, 24 Mac tahun lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau dengan sebat atau mana-mana dua daripada seksaan itu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.