Kempen Bebas Anwar Dihadiri 50 Penyokong Pembangkang

KUALA LUMPUR – Kempen #BebasAnwar yang diadakan di hadapan Mahkamah Tinggi di sini hari ini gagal menarik kehadiran ribuan penyokong Ketua Umum PKR itu.

Sehingga pukul 12 tengah hari tadi hanya hanya kira-kira 50 penyokong pembangkang dilihat menghadiri perhimpunan berkenaan.

Perhimpunan tersebut diadakan selaras dengan tindakan peguam kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, N.Surendran memfailkan permohonan untuk membebaskan Anwar atas alasan bekas Ketua Pembangkang itu tidak mendapat perbicaraan yang adil sebelum ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.