Jenazah Adinda Sultan Selangor Selamat Disemadikan

SHAH ALAM – Jenazah adinda Sultan Selangor, Tengku Puteri Sofiah Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, selamat disemadikan di Makam Diraja di sini kira-kira pukul 11 pagi tadi.

Terdahulu, solat jenazah diadakan di Masjid Istana Diraja, Istana Alam Shah, Klang dengan diimamkan Timbalan Mufti Selangor, Dr Anhar Opir.

Turut mengiringi jenazah, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin serta Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah.

Kira-kira 1,000 kerabat Diraja, Orang Besar Selangor dan rakyat jelata menghadiri majlis pemakaman sebagai tanda memberi penghormatan terakhir kepada Tengku Puteri Sofiah.

Tengku Puteri Sofiah mangkat pada usia 68 tahun kira-kira jam 4 petang di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang, semalam. – BH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.