Heboh Kisah Perompak Menyamar Pocong

Penampakan entiti seperti pocong telah menggemparkan penduduk sekitar Jalan Wonorejo, Surabaya hingga mencetuskan ketakutan kepada penduduk di kawasan berkenaan.

Malah gambar yang dirakamkan itu telah menjadi viral.

Namun tidak kurang pula yang mengaitkannya sebagai taktik perompak untuk mencari mangsa dengan menyamar sebagai pocong.

Bagaimanapun terdapat penjelasan netizen di kawasan berkenaan mengenai pocong berkenaan.

Ia dikatakan ada kaitan dengan cubaan menakutkan orang oleh budak-budak nakal. Justeru kata netizen itu, kawasan berkenaan sebenarnya aman daripada perompak ataupun pocong.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.