Johor Bagi Bantuan Khas Kewangan RM1,000 Pada Penjawat Awam

Kerajaan Negeri Johor bersetuju untuk memberi Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM1,000 kepada para penjawat awam Kerajaan Negeri bersempena Aidil Fitri tahun ini.

Menurut Setiausaha Kerajaan Johor, Datuk Azmi Rohani, dalam satu kenyataan media, pemberian bantuan kewangan itu sebagai meringankan beban kewangan para pejawat awam dan semoga ia akan memeriahkan lagi sambutan hari lebaran pada kali ini.

“Pembayaran kepada sejumlah 19,100 kakitangan awam negeri itu akan dibuat pada 16 Jun ini,” katanya dalam satu kenyataan akhbar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.