Ahli Politik Disimbah Asid

SIBU – Seorang akauntan melecur pada muka dan badannya akibat disimbah cecair asid oleh dua lelaki yang tidak dikenali dalam kejadian di Lorong Tuanku Osman 4 di sini, kelmarin.

Kejadian pada pukul 12.15 tengah hari itu berlaku ketika mangsa, Wong Ching Yong, 58, sedang berjalan kaki menuju ke arah kenderaannya yang diletakkan kira-kira 30 meter dari pejabatnya, lapor Kosmo.

Menurut sumber, mangsa yang juga Timbalan Pengerusi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Dudong melecur kira-kira 18 peratus pada muka, dada dan tangan kirinya.

“Sebelum kejadian, mangsa tiba-tiba dihampiri dua lelaki yang tidak dikenali dengan menunggang sebuah motosikal. Salah seorang suspek telah menyimbah asid ke arah mangsa sebelum melarikan diri,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.