PM Tinjau Kawasan 
Gempa Bumi Di Sabah Hari Ini

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan melawat kawasan yang dilanda gempa bumi di Sabah, esok bagi meninjau sendiri kerosakan yang dialami berikutan bencana itu.

 

Melalui catatan dalam facebook miliknya, Najib berkata, kerajaan akan memperuntukkan sejumlah dana bagi membaik pulih infrastruktur dan bangunan yang mengalami kerosakan.

 

“Insya-Allah, pagi esok saya akan ke Sabah untuk melihat kawasan kejadian gempa bumi. Peruntukan akan disalurkan bagi membaik pulih infrastruktur dan bangunan yang mengalami kerosakan.

 

Kata Najib lagi, bantuan kewangan dan perkhidmatan kaunseling turut akan disediakan kepada mereka yang memerlukan.

 

Mengenai lawatan ke Arab Saudi, Najib berkata, beliau te­lah menyerahkan memorandum kepada kerajaan Arab Saudi berhubung jumlah kuota jemaah haji Malaysia.

 

Beliau berharap hubungan baik Malaysia dan Arab Saudi akan melancarkan lagi urusan mengerjakan haji umat Islam dari negara ini ke tanah suci.

 

“Alhamdulillah, lawatan rasmi saya ke Arab Saudi berjalan lancar. Saya telah menyampaikan memorandum kepada kerajaan Arab Saudi berhubung jumlah kuota jemaah haji Malaysia.

 

“Semoga hubungan baik antara Malaysia dan Arab Saudi akan memudahkan lagi umat Islam di Malaysia ke tanah suci bagi me­nunaikan rukun Islam kelima,” katanya. – UTUSAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.