Najib Umum Peruntukan RM10 juta Untuk Kerja Pembersihan, Baik Pulih Di Sabah

RANAU – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan peruntukan RM10 juta kepada Kerajaan Negeri Sabah bagi kerja-kerja pembersihan dan baik pulih kemudahan di Gunung Kinabalu yang musnah dalam kejadian gempa bumi.

 

Menurut beliau, peruntukan itu bagi memastikan aktiviti pendakian dapat disambung semula selain jaminan keselamatan untuk pendaki.

 

Najib mengumumkan perkara itu ketika berucap dalam majlis penyampaian sumbangan kepada waris dan mangsa-mangsa malim gunung yang terkorban dalam gempa bumi Jumaat lalu di sini.

 

Dalam majlis sama, Kerajaan Negeri Sarawak turut menyampaikan sumbangan sebanyak RM1 juta kepada Kerajaan Negeri Sabah susulan bencana itu.

 

Najib turut mengesyorkan beberapa perkara termasuk membekalkan kemudahan walkie-talkie kepada malim gunung sepanjang pendakian bagi memudahkan komunikasi jika berlaku kecemasan.

 

Syor lain ialah meluaskan kawasan mendarat bagi helikopter di Gunung Kinabalu untuk memudahkan sebarang bentuk operasi.-UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.