Shila Amzah Dah Ada Teman Lelaki

Pertengahan Mei lalu, timbul gosip mengatakan Shila Amzah telah menemui cinta baru dengan seorang jejaka yang merupakan bekas calon angkasawan program AXE-Tronaut 2013 iaitu Adam Tun Tuah.

Gosip itu tersebar apabila penyanyi yang sedang mencipta nama di China itu memuat naik sekeping foto bersama seorang lelaki yang wajahnya ditutup disertai dengan kapsyen yang mengatakan dia kini sedang bersahabat dengan jejaka itu.

Tambah meyakinkan apabila Adam turut memuat naik gambar beberapa foto mereka di laman Instagram miliknya, ‘adamtuntuah’. Jadi, bercinta atau tidak? Apa komen Adam?

“Saya minta maaf sebab tak boleh nak komen lanjut. Saya telah dinasihatkan oleh pihak pengurusan Shila untuk tidak memberi sebarang kenyataan kepada pihak media,” ulas Adam ringkas ketika ditemui baru-baru ini.

Biarpun cuba mengelak sedaya-upaya untuk tidak menjawab setiap soalan yang GUA ajukan, Adam akhirnya mengakui dia sudah lama mengenali Shila iaitu semenjak tahun 2011 lagi. Jelas Adam perkenalan bermula apabila dia sering mengikuti aktiviti yang dianjurkan oleh kelab peminat Shila.

“Saya memang berkawan dengan dia ketika ini. Saya kenal dia dari tahun 2011. Mula-mula jumpa masa sertai aktiviti kelab peminat dia. Itu sahaja yang saya boleh komen,” ujar Adam menamatkan perbualan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.