JAIS Serbu Hindu Kahwin : Jason Lo Mahu Buang Islam Dari Kad Pengenalan

Kuala Lumpur – Ketua Pegawai Eksekutif Tune Talk, Jason Lo menerusi akaun Twitternya mempersoal tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyerbu majlis perkahwinan Hindu yang didakwa pengantin perempuannya beragama Islam.

“Saya berasa sedih. Bagaimana cadangan ini boleh membantu rakyat Malaysia menjadi lebih kesamarataan dan mengelak perkahwinan di kuil itu dari diserbu minggu lalu,” komennya dalam entri tersebut.

Selain itu, beliau juga bertanya bolehkah sesiapa membuktikan bahawa seseorang itu beragama Islam?

Ujarnya, apa yang ditulis dalam kad pengenalan diri umpama ‘pendatang’ dari apa yang orang ramai katakan malam itu.

“Jika sesiapa pun tidak bersetuju katakan kenapa ia tidak perlu dikeluarkan dan lain-lain,” katanya.

Menurutnya, ramai yang memberitahu Jason untuk tidak membincangkan topik ini dan menerima seadanya.

“Untuk rekod hal ini tiada kaitan dengan agama,” katanya.

Jelasnya, hal ini mungkin berlaku atas sebab kebencian melampau serta serangan peribadi.

“Saya rasakan yang negara ini secara perlahan-lahan sedang dipecah-belahkan oleh golongan ekstremis.

“Sifat menghormati antara kaum dan kepercayaan semakin berkurangan. Ini pendapat saya sendiri dan saya percaya terhadap kematangan politik. Jika anda impikan jua,” katanya.

Tambahnya, buatlah pilihan yang sepatutnya. Kepada sesiapa yang berasa kasihan terhadapnya, Jason menasihati mereka untuk berasa kasihan kepada pengantin wanita yang perkahwinannya telah hancur sebelum mengucapkan selamat malam.

“Hormat-menghormati antara satu sama lain serta memaafkan untuk keamanan semua,” katanya. – SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.