Babi Itu Comel… Opss Haram, Maaf La! – Chef Wan

Kuala Lumpur – Selebriti terkenal Redzuan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan sekali lagi menimbulkan kontroversi apabila melenting dengan tindakan sebilangan penguna media sosial yang di dikatakan menghina babi yang juga merupakan makanan bagi masyarakat bukan Islam.

Walaupun kenyataan tersebut menerima sokongan dari sebilangan pengikut setianya, namun di masa yang sama beliau turut menerima kritikan hebat kerana kerana dikatakan cuba mencari publisiti murahan.

Malah ada dikalangan penguna laman sosial yang turut menyelarnya dengan panggilan ‘pondan tua’ kerana cuba menyamakan babi dengan budu (budu atau sos ikan bilis ialah sejenis pekasam yang dibuat menggunakan ikan bilis. Ia merupakan makanan tradisional yang terkenal di Malaysia)

Tidak ketinggalan ada yang turut mempertikaikan kenyataan Chef Wan yang disifatkan sebagai emosional kerana membuat tuduhan melulu.

“I x pnh baca plak org hina babi….. Yg i baca org marah2 penjual2/pengilang2yg letak babi dlm makanan….. Org marah bile mereka2 ini tidak menghormati muslim dgn memasukkan babi secara halus dlm makanan… Thats all…. Xde plak i baca mana2 website org cerca babi like celaka ko babi, sial ko babi msk dlm makanan …. Xde kan” ujar salah seorang penguna Facebook semalam.

Chefwan babi 4

 

 

 

 

Chefwan babi 3

 

 

Chefwan babi 2

 

 

 

 

 

Selebriti terkenal itu sebelum ini melahirkan rasa kecewanya berhubung polemik coklat babi yang mencetuskan kerisauan masyarakat Islam dan Melayu baru ini.

Menurutnya masyarakat tidak sepatutnya memandang jijik terhadap babi yang merupakan makanan bagi masyarakat lain.

Beliau turut mengesa agar masyarakat menghormati perasaan kaum lain yang mencekek babi sebagai santapan di Malaysia. Chef Wan bimbang ada kaum lain akan terluka kerana makanan mereka dihina.

Tidak cukup dengan itu pada 31 Mei 2014, Chef Wan telah memuatnaikkan sekeping gambar yang memaparkan 4 ekor patung babi yang dikatakan comel.

“Ohhhh arent they so cute…oops haram, maaf la!” ujarnya yang dilihat seperti ingin menyindir pihak-pihak tertentu. – SuaraTV

 

Baca : Chef Wan Melenting Bila Ada Orang Kutuk Dan Hina Babi

One thought on “Babi Itu Comel… Opss Haram, Maaf La! – Chef Wan

  • June 10, 2014 at 8:24 am
    Permalink

    Yang sebetulnya..bila..Iman Sesaorang itu berkurangan..dan waktu berinteraksi dengan Allah semakin mengecil…dan bila Manusia Merasai Hidup Semakin Senang…timbulah perkara sebegini..yg penting dipandang remeh..yg remeh dianggap penting..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.