95 peratus Cina bantah pengampunan Najib, 62.2 peratus India sokong

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Majoriti masyarakat India menyokong permohonan pengampunan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Menurut satu tinjauan oleh Merdeka Center yang dijalankan atas permintaan Projek Sama itu mendapati 62.2 peratus responden kaum India menyokong usaha Najib mendapatkan pengampunan, diikuti Bumiputera Islam (50.5 peratus) dan Melayu (43.0 peratus).

Namun begitu, sebanyak 95 peratus masyarakat Cina membantah permohonan tersebut, diikuti Bumiputera bukan Islam sebanyak 51 peratus.

Tinjauan ini dijalankan antara 27 Mac hingga 17 April tahun ini, melibatkan 1,210 responden berumur 18 tahun ke atas, lapor Malaysiakini pada Jumaat.

Temu bual dilakukan melalui panggilan telefon, dengan kadar ralat sebanyak 2.82 peratus.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat