39 penuntut IQDAR terima Diploma Tahfiz Al-Quran & Qiraat

- Advertisement -

Oleh Zihan Zari

ALOR SETAR – Seramai 39 penuntut Institut Al-Quran Darul Aman (IQDAR) telah diraikan berjaya menamatkan hafazan 30 juzuk dan menerima Diploma Tahfiz Al-Quran dan Qiraat pada Majlis Sah Khatam Hafazan Al-Quran dan Graduasi Kali ke- 38, yang berlangsung di Dewan Kelab Kedah DiRaja, dekat sini baru-baru ini.

Exco Pendidikan, Agama, Penerangan dan Komunikasi Kedah, Dato’ Mohd Azam Abd Samat berkata IQDAR bukan sekadar tempat untuk belajar dan khatam Al-Quran semata-mata, sebaliknya yang lebih penting adalah didikan dan adab.

“Kerajaan negeri amat menekankan hala tuju dan corak pembentukan negeri, berteraskan Al-Quran dan Al-Hadis.

“Bukan sekadar belajar dan khatam Al-Quran, tetapi yang kita mahu dan sasarkan agar Al-Quran akan menjadi antara perkara utama pembudayaan baharu oleh setiap rakyat Kedah untuk melahirkan manusia yang bertaqwa kepada Allah SWT,”katanya ketika berucap pada majlis itu.

Turut hadir, Timbalan Pengerusi Yayasan Islam Negeri Kedah (YINK), Syeikh Hj. Mohamad Rodi Abdul Rahman; Ketua Pegawai Eksekutif YINK, Abdul Halim Hassan; dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)
Pengkalan Kundur, Mardhiyyah Johari.

Mohd Azam yang mewakili Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Hj. Muhammad Sanusi Md Nor berkata usaha berterusan turut dilakukan bagi memastikan institusi pendidikan di Kedah menjadi medan yang boleh menampung sekolah-sekolah agama di peringkat menengah.

“Guru-guru IQDAR juga memainkan peranan penting dalam menjayakan program bacaan Al-Quran setiap pagi di Wisma Darul Aman, sejak 30 November 2023 dan masih diteruskan sehingga hari ini sebagai amalan harian yang diberkati.

“Kerajaan negeri juga turut berbangga apabila Kedah dinobatkan sebagai Johan keseluruhan Majlis Tilawah Al-Quran dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan Tahun 1446H/2025M, dan salah seorang pesertanya merupa­kan pelajar IQDAR,”katanya lagi.

Ujarnya, institusi pendidikan Islam yang ada di Kedah diharapkan berjalan seiring dengan gagasan kerajaan negeri, agar menjadi Cordoba of Kedah dan penyumbang merealisasikan ‘The Greater Kedah’

Untuk rekod, IQDAR ditubuhkan pada 1985 merupakan sebuah institusi tahfiz yang menawarkan program Diploma Tahfiz Al-Quran dan Al-Qiraat yang diuruskan oleh YINK dan menggunakan sepenuhnya kurikulum daripada Darul Quran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). – SUARA.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat