Video: Ahmad Bashah Selesai Mengundi

ALOR  SETAR – Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah selesai mengundi di pusat pengundian di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tunku Abdul Rahman di sini pada pukul  8.30 pagi tadi.

Ahmad Bashah ditemani isterinya, Datin Seri Hizam Awang Ahmad dan empat anak perempuan iaitu Anis Hafina, 36, Amira Hazwani, 31, Alia Hanani, 30, dan Azira Hafizah, 27.

Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri tiba di pusat pengundian tersebut kira-kira pukul 8.15 pagi tadi.

Suasana di pusat pengundian tersebut tenang dan orang ramai mula memasuki pekarangan sekolah seawal pukul 8 pagi tadi.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.