Usia 82 Tahun Tak Halang Mengundi

MUAR – Meskipun usianya sudah mencecah 82 tahun tidak menghalang seorang warga emas menunaikan tanggungjawannya mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Menanti di sini hari ini.

Sehubungan itu, Mohd. Salleh A. Jabbar merupakan pengundi terawal kira-kira 7.45 pagi sambil ditemani adiknya, A. Asrar, 67.

Menurut A. Asrar, abangnya itu tidak pernah terlepas menunaikan tanggungjawab sebagai pemilih setiap kali pilihan raya dan PRU-14 merupakan kali ke-14.

“Ini merupakan kali ke-14 dia mengundi dan tidak pernah tertinggal menunaikan tugas sebagai pemilih di sini.

“Saya pula selalu ada urusan di luar negara dan kali ini saya diizinkan untuk membuang undi kali ini,” katanya, petik Kosmo

Dalam pada itu, pengerusi Pusat Daerah Mengundi (PDM), Abdul Malik Siman berkata, seramai 1,235 orang pengundi dijangkakan keluar pada hari ini.

Jelasnya, Seri Menanti terletak dibawah Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Balang dan Parlimen Muar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.