Terasa Akan Kalah, Pembangkang Mula Wujudkan Sandiwara Undi Palsu

PETUGAS Barisan Nasional (BN) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bertikam lidah dan membuat laporan polis berikutan kemunculan kertas undi palsu di luar kawasan pengundian Parlimen Port Dickson.

Menurut petugas BN Subash Chandrabose Arumugam Pillai seorang lelaki India telah memperdaya anak seorang petugas BN berusia 16 tahun yang berada di situ untuk memegang sejumlah kertas undi palsu yang telah dipangkah dalam kotak BN.

Sebaik gadis tersebut memegang kertas undi haram itu, sekumpulan jentera PKR mula menyerbu gadis tersebut dan menuduh beliau mengedarkan kertas undi palsu.

Bagaimanapun lelaki yang mengedar tersebut telah ditangkap kerana cuba melakukan perkara yang sama. Beliau mengaku disuruh memakai baju BN dan memberikan sejumah kertas undi kepada petugas BN.

Di Port Dickson sudah mula taktik jahat PKR membuat kekacauan di luar pusat pengundian kononnya BN mempunyai kertas undi secara haram.

Sebenarnya tidak guna pegang kertas undi palsu di luar tempat pengundian kerana tidak mungkin anda boleh bawa masuk kertas tersebut ke dalam tong kertas undi.

1. Tong kertas undi lut sinar diletak di hadapan wakil-wakil parti yang bertanding.Setiap wakil calon boleh nampak berapa kertas undi anda masukkan.

2. Jika anda berjaya memperdaya wakil parti yang bertanding pun, UMLAH KERTAS UNDI mesti sama atau kurang daripada jumlah pengundi yang hadir.

3. Ia boleh kurang jika ada yang membawa pulang tanpa masukkan dalam peti undi. Namun ia tidak boleh lebih dari jumlah hadir mengundi.

4. Jumlah kehadiran mengundi dicatatkan oleh pegawai SPR dan juga wakil setiap calon/parti bertanding. Setiap pengundi yang masuk dan disahkan oleh pegawai SPR berdaftar dalam senarai, akan diumumkan dengan kuat di hadapan ketiga-tiga wakil calon. Jika ia tidak sama dengan senarai yang ada wakil calon boleh membantah pada masa tersebut juga.

5. Setiap kertas undi mempunyai nombor kertas unik bagi Parlimen tersebut. Jadi mustahil anda hendak menipu kertas undi, kerana wakil calon semasa pengundian boleh sahaja mengesan kertas undi palsu.

6. Jadi realitinya tidak ada cara dan kaedah untuk anda menipu kertas undi. Apa yang berlaku sekarang ialah cubaan mewujudkan huru-hara dan ketidakpercayaan masyarakat kepada Suruhanjaya Pilihan Raya.

6. Taktik ini diguna oleh pihak yang merasa akan kalah. Nampak awal sangat PKR rasa hendak kalah kali ini. – MyKMU

One thought on “Terasa Akan Kalah, Pembangkang Mula Wujudkan Sandiwara Undi Palsu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.