PRU-14: Fadillah Keluar Mengundi Awal

KUCHING – Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Petra Jaya, Datuk Seri Fadillah Yusof menunaikan tanggungjawab mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Rakyat, Satok di sini hari ini.

Sehubungan itu, beliau yang diiringi isteri, Datin Seri Ruziah Mohd Tahir tiba di pusat pengundian itu pada jam 8.41 pagi.

Dalam pada itu, orang ramai mulai datang ke pusat pengundian tersebut kira-kira pukul 7.30 pagi bagi menunaikan kewajipan masing-masing dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) ini, petik Kosmo

Terdahulu, Fadillah yang mempertahankan kerusi Parlimen Petra Jaya yang disandangnya sejak 2004 berdepan cabaran calon PKR, Datuk Dr Nor Irwan Ahmat Nor dan Pas, Hamdan Sani.

Parlimen Petra Jaya mempunyai 58,009 pemilih berdaftar dan mempunyai tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Satok, Samariang dan Tupong.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.