Mesej Terima Kertas Undi Tidak Sah Adalah Palsu

KUALA LUMPUR – Jangan percaya sekiranya anda menerima mesej menerusi media sosial atau pesanan Whatsapp yang kononya ada pihak yang memberikan kertas undi palsu kepada pengundi.

Kesemua mesej tersebut mengandungi ayat yang sama cuma berbeza lokasi antaranya di Taman Desa, Kuala Lumpur dan Johor Bharu, Johor.

Ini menunjukkan ia adalah fitnah terancang yang cuba disebarkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab untuk memburukkan nama baik Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan sistem demokrasi di negara ini.

“Hai, baru sahaja selesai mengundi.

“Mereka memberikan saya sekeping kertas undi tidak sah kerana tidak memiliki cop di bahagian dalam. Seorang pengundi wanita sebelum saya juga menghadapi masalah yang sama.

“Nasib baik kami berdua berjaya juga memperolei kertas undi yang baharu.

“Tidak tahulah berapa ramai lagi yang telah menggunakan kertas undi tanpa cop. Perkara ini terjadi di Taman Desa,” kata salah mesej tersebut.

PRU14
Mesej tular yang mendakwa ada pengundi diberikan kertas undi tidak sah

Mesej-mesej yang telah di screen shot mula disebarkan di media-media sosial seperti Facebook dan Twitter malah lebih buruk lagi apabila ia dikongsi di laman-laman komuniti.

Lebih 14 juta rakyat Malaysia hari ini menunaikan tanggungjawab untuk mengundi sempena pilihanraya umum yang ke-14. – MalaysiaGazette

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.