Hilmi Tiba Di Pusat Mengundi SMK Seri Balik Pulau

BALIK PULAU – Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Balik Pulau, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya tiba di pekarangan pusat mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Balik Pulau di sini kira-kira pukul 8.25 pagi tadi.

Dalam pada itu, Hilmi yang juga penyandang kerusi itu hadir bersama isterinya, Datin Seri Jamilah Mohd Zain.

Sehubungan itu, pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14), Hilmi akan menentang calon Pas, Mohd. Imran Mohd. Saad dan Muhammad Bakhtiar Wan Chik daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), petik Kosmo

Ketika ini, suasana di pekarangan pusat mengundi di sini masih tenang dan pengundi dikatakan mula hadir seawal pukul 7 pagi tadi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.