Mahkamah Perintah Facebook Buang Ucapan Kebencian, Provokasi Keganasan

VIENNA – Mahkamah di Austria memerintahkan Facebook supaya mengeluarkan sebarang entri bersifat ucapan kebencian yang juga satu kemenangan kepada pihak yang mahu memaksa syarikat media sosial menyekat elemen provokasi dalam talian.

Menurut Reuters, kes itu dibawa oleh Parti Hijau Austria susulan penghinaan ke atas pemimpinnya ada kaitan sehingga ke peringkat antarabangsa dan mahkamah memerintah muat naik itu dikeluarkan pada seluruh platform dan bukan hanya terhad di Austria sahaja, lapor BH.

Kes itu menyusul ketika penggubal undang-undang Eropah memikirkan cara untuk memaksa Facebook, Google, Twitter dan beberapa media sosial lain mengeluarkan secara segera ucapan kebencian atau provokasi ke arah keganasan.

Bulan lalu, kabinet Jerman meluluskan satu rancangan untuk mendenda rangkaian media sosial sehingga 50 juta euro (RM238.9 juta) jika mereka gagal mengeluarkan muat naik seperti itu dengan pantas.

Kesatuan Eropah (EU) turut mempertimbangkan peraturan baharu ke atas semua negara anggotanya.

Facebook dan peguamnya di Vienna enggan mengulas mengenai keputusan itu yang diedarkan oleh Parti Hijau dan disahkan seorang jurucakap mahkamah.

Ketua Eksekutif Facebook, Mark Zuckerberg pernah berkata tiada tempat dalam platform untuk ucapan kebencian dan syarikat berkenaan sudah menerbitkan kertas dasar bagaimana mahu menangani berita palsu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.