Wanita Dakwa Jalin Hubungan Dengan Sultan Brunei?

Di kala kebanyakan negara Barat menentang keras pelaksaan hukum Hudud yang bakal dilaksanakan Brunei Darussalam, timbul pula cerita baharu di mana seorang wanita tampil membuat pendedahan bahawa dia pernah menjalinkan hubungan sulit dengan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah.

Wanita tersebut, Jillian Lauren turut mengakui bahawa dia merupakan bekas perempuan simpanan kepada adik Sultan Hassanal iaitu Putera Jefri ketika dirinya berusia 18 tahun.

Jillian mendedahkan telah ‘dihadiahkan’ kepada Sultan Brunei oleh adindanya sendiri dan mereka telah melakukan dua kesalahan mengikut hukum Islam di sebuah penthouse hotel di Kuala Lumpur, beberapa tahun lalu.

Menurut Jillian, sekiranya hukuman yang berdasarkan kepada syariah Islam itu dilaksanakan, dia dan Sultan telah menerima hukuman kerana telah melakukan dua daripada kesalahan yang terdapat dalam hukum Hudud.

Nampaknya pengumuman pelaksanaan Hudud di Brunei telah menimbulkan impaknya yang tersendiri terutama sekali dari negara-negara Barat berikutan mereka mementingkan hak kebebasan individu.

Mungkinkah pendedahan ini merupakan satu serangan balas kepada Sultan Brunei dalam usahanya untuk menegakkan hukum Islam di negara naungannya?

7 thoughts on “Wanita Dakwa Jalin Hubungan Dengan Sultan Brunei?

  • May 10, 2014 at 2:18 pm
    Permalink

    Setiap undang-undang ada tarikh ia mula dilaksanakan. Walaupun undang-undang hudud telah sekian lama ujud, tetapi di Beunei perlaksanaannye hanya baru-baru ini oleh itu apa-apa kesalahan yang dilakukan sebelum perlaksanaan undang-undang itu tidak boleh dihukum. Hanya kesalahan selepas perlaksanaan boleh dihukum mengikut undang-undang hudud di Brunei.

    Pada masa yang sama, undang-undang hudud ini hanya berkuat kuasa di Brunei sahaja, oleh itu kesalahan di luar Brunei tidak termasuk dalam kuasa undang-undang ini.

    Reply
  • May 10, 2014 at 4:43 pm
    Permalink

    Dulu lain sekarang lain. Jika dulu berdosa sekarang perlulah bertaubat. Allah maha pengampun. Kenapa mereka risau dengan kerajaan Islam??? Sultan Brunei contoh sultan yang mengamalkan kerajaan Islam. Jika ada kekurangan berilah masa untuk memperbaiki kekurangan tersebut.

    Reply
  • May 10, 2014 at 7:06 pm
    Permalink

    alarh x yah dok peduli puak2 barat tuh…mmg x senang dgn islam – musuh nyata umat Islam…si betina tu bg kt kami nk wat kenduri jamu kt obamadigol hohohoho…teruskan perjuangan Tuanku

    Reply
  • May 10, 2014 at 7:50 pm
    Permalink

    Barat sebenarnya konon ambil kisah pasal apa yang berlaku di negara Islam ssebab dia nak tengok Umat Islam melenting dan berperang seperti di Mesir dan Syria. Jadi bila umat islam melenting dan marah,sperti yang anda lihat di negara-negara tersebut, mereka create riot dekat jalanan…Muthakhir ini, depa nak kacau Brunei, Malaysia, dan Brunei pula,hopefully cobaan cobaan si bangsat kafir ini tidak akan berjaya.

    Mari kita doa sama-sama supaya Umat Islam Malaysia, tdak cepat melenting. Yang pasal isu Allah itu saya kesal. Hopefully the Chinese and Indian in Malaysia hilangkan sifat racist dan bersatu dengan kerajaan.

    Reply
  • May 10, 2014 at 7:54 pm
    Permalink

    Aikk…!! cam yg terjadi kat malaysia je…nak jatuhkan orang pakai skandal.. Sape tiru sape ni..??

    Reply
  • May 10, 2014 at 10:15 pm
    Permalink

    Daulat Kebawah Duli Tuan Patik.

    Reply
  • August 3, 2016 at 10:45 am
    Permalink

    murahnya ‘barang’ awak

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.