Video : Kereta Tercampak Dalam Gaung, Penunggang Motor Maut Di Langgar

Kuala Kubu Bahru – Malang buat seorang penunggang motosikal apabila maut dirempuh sebuah kereta mewah yang dipercayai dipandu laju.

Kereta itu kemudian terhumban kira-kira 100 meter ke dalam gaung.

Kemalangan ngeri ini berlaku kira-kira jam 4.30 petang semalam, di Kilometer 408.1, Lebuh Raya Utara Selatan Arah Ipoh, selepas susur lembah beringin.

Siasatan awal polis mendapati sebuah kereta mewah dipercayai hilang kawalan dan terbabas ke laluan kiri, lalu merempuh sebuah motosikal yang ditunggang oleh seorang lelaki.

Rempuhan kuat menyebabkan mangsa, Mohammad Azhar Naim Zulkifli, tercampak dan maut di tempat kejadian.

Kereta itu kemudian merempuh besi penghadang lebuh raya dan terhumban kira-kira 100 meter ke dalam gaung.

Pemandu dan penumpangnya cedera parah.

Kedua-dua mangsa yang terperangkap berjaya dikeluarkan oleh sepasukan anggota bomba dari balai bomba dan penyelamat Tanjung Malim Dan Kuala Kubu Bahru.

Mayat Muhammad Azhar dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bahru untuk bedah siasat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.