Video : Teressa Kok Didakwa, Ugut Saksi Buat Laporan SPRM

Kuala Lumpur – Pertubuhan Minda Sosial dan Prihatin akan membuat laporan polis terhadap Ahli Parlimen Seputeh (DAP) Teresa Kok kerana didakwa mengugut dua saksi yang tampil membuat aduan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurut Presiden badan bukan kerajaan (NGO) itu Ramesh Ro, Teresa didakwa mengugut bekas ahli DAP, Wong Choo Chieang dan ahli DAP, Danny Lim yang mendedahkan penyalahgunaan dana sebanyak RM 300 ribu oleh ahli parlimen DAP itu.

Beliau berkata, laporan polis berkenaan akan dibuat selewat-lewatnya esok.

Ramesh pada masa sama mendakwa tindakan Teresa seolah-olah takut untuk mendedahkan dana tersebut sehingga sanggup mendesak dua saksi tersebut menarik kembali pendedahan kepada SPRM untuk menyiasat perkara tersebut.

“Bukti yang kukuh menunjukkan bagaimana parti itu cuba manipulasi kononnya untuk membela rakyat di mana ahli yang mempersoalkan kewibaan parti diugut untuk disaman.

“Cukup jelas apabila dokumen saman diberi kepada SPRM mereka berani mengugut saksi untuk tarik balik aduan kepada SPRM,” katanya kepada wartawan.

Untuk rekod, selepas dua saksi ini mempertikaikan kepada Teresa sebelum ini tentang dana tersebut, mereka disaman sebanyak RM10 juta ringgit dan seterusnya membuat aduan kepada SPRM.

Teresa dalam masa disifatkan tidak menghormati undang-undang kerana menghalang siasatan dilakukan.

DAP katanya lagi, tidak berkewibaan menjadi parti yang memerintah negeri, apatah lagi tidak layak menjadi kerajaan negara.

Jelasnya, kerana parti yang terbukti tidak telus dalam menjawab persoalan ahli parti tidak layak dipilih pada Pilihan Raya Kecil Bukit Gelugor dan Teluk Intan kelak.

“Bila dipersoalkan kebenaran dan disaman di mana demokrasi?

“Saya beritahu rakyat Bukit Gelugor dan Teluk Intan kalau pilih DAP akan mengundang sial,” tegasnya.

Beliau turut mendedahkan lebih 100 orang ahli DAP kini berada dalam ketakutan dengan parti yang seakan-akan ‘kuku besi’ dan diugut akan disaman jika mempersoalkan parti itu.

One thought on “Video : Teressa Kok Didakwa, Ugut Saksi Buat Laporan SPRM

  • May 10, 2014 at 2:08 am
    Permalink

    pemimpin PR semakin hari semakin karut…banyak menimbulkan masaalah dan bersikap tidak senonoh…gagal menunjukan tauladan yang baik sebagai ‘wakil rakyat’…ego sombong keras kepala dan berfikiran bebas…macam mana hendak pimpin negara…kalau perangai macam ini lingkup tungging langgang kucar kacir caca merba rakyat dan negara.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.