Selepas Dibantah, Adun DAP Tarik Usul Tubuh Jawatankuasa Transgender

Shah Alam – Selepas dibantah pelbagai pihak, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjung Bungah dari DAP, Teh Yee Cheu hari ini menarik balik usul yang dibawanya ke Dewan Undangan Negeri (DUN) berkenaan penubuhan Jawatankuasa Transgender.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, tindakan penarikan usul itu dibuat apabila Adun lain menyeru beliau melakukan tindakan sedemikian ekoran tiada penyokong usul berkenaan.

“Keputusan Teh dibuat atas permintaan Adun dan ahli Parlimen DAP Pulau Pinang dalam satu mesyuarat pada 2 petang di Komtar hari ini,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Kelmarin, Teh mencadangkan usul penubuhan jawatankuasa tersebut bagi membantu golongan transgender dengan peruntukan sebanyak RM200,000.

Teh sebelum ini pernah membawa usul yang sama melalui exco kerajaan negeri pada Jun tahun lalu, namun usul berkenaan ditolak.

Beliau juga sebelum ini dilaporkan berkata matlamat utama cadangannya untuk menubuhkan sebuah institut transgender adalah bagi membolehkan penyelidikan yang sepatutnya mengenai komuniti mak nyah dijalankan dengan pemberian jumlah peruntukan tertentu demi kebaikan mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.