Remaja Wanita Bunuh Diri, ‘Hadiah’ Buat Kekasih

Kota Kinabalu – Orang ramai di Pusat Membeli Belah Centre Point, digemparkan dengan penemuan mayat seorang gadis yang berusia dalam lingkungan 20-an.

Menurut saksi, mangsa dipercayai jatuh dari tingkat enam bangunan tersebut dan mati serta merta ditempat kejadian, memetik Melvister.com.

Insiden dipercayai berlaku pada pukul 12.30 pagi tadi.

Menerusi akaun Facebook Teksi Murah Kota Kinabalu Sabah pula, mangsa dikatakan berasal dari Bongawan.

Tidak dapat dipastikan apakah punca yang mendorong wanita ini bertindak demikian, namun seorang pengguna akaun telah berkongsi status terakhir Facebook yang dipercayai milik mangsa di ruangan komen.

Wanita BUnuh Diri

Ia secara tidak langsung memberi gambaran bahawa dia mungkin sedang mengalami kekecewaan dan tekanan emosi dalam hubungan dengan seseorang yang dipercayai kekasihnya.

Status tersebut turut menyebut ia sebagai hadiah buat individu tersebut selain membuktikan betapa dia benar-benar nekad mahu membunuh diri.

Apa pun, setakat ini belum ada pihak yang mengesahkan secara rasmi bahawa akaun tersebut milik mangsa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.