Video : Khemah Operasi JPJ Dikhianat

Bukit Kayu Hitam – Tiga buah khemah milik Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri yang digunakan untuk operasi khas terhadap kenderaan dari Thailand di Kilometer 4.5, Lebuh Raya Utara-Selatan di sini dirosakkan pihak tertentu dipercayai akibat perbuatan khianat.

Pengarah JPJ negeri, Mohd. Fadhil Hassan berkata, kejadian itu disedari anggotanya yang tiba di lokasi operasi kira-kira pukul 9 pagi semalam.

“Sebaik tiba, mereka mendapati dua khemah dikoyak, palang dipatahkan manakala sebuah lagi khemah besar dicampak ke longkang di tepi jalan.

“Selain itu, terdapat tulisan menghina JPJ menggunakan cat kuning di jalan raya yang disyaki dilakukan oleh pihak tidak berpuas hati dengan operasi yang dijalankan setiap hari,” katanya di sini semalam.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.