Imigresen Terengganu Tahan Wanita Thai Salah Guna Pas Lawatan

KUALA TERENGGANU – Jabatan Imigresen Terengganu menahan tujuh wanita warganegara Thailand dalam satu operasi malam tadi di Medan Selera Kampung Tiong setelah disyaki menyalahgunakan pas lawatan sosial mereka.

Penolong Pengarahnya, Mohd. Shahrir Khalil berkata, seramai 20 pegawai telah dikerahkan untuk menjalankan operasi yang bermula pada pukul 10.30 malam itu setelah menerima aduan pihak awam tentang kegiatan mereka yang menjadi pelayan di sebuah restoran.

“Kita sudah jalankan risikan selepas menerima aduan daripada orang awam yang tidak selesa dengan situasi mereka yang melayan pelanggan dengan mesra,” katanya.

Mohd. Shahrir berkata, dalam operasi selama 15 minit itu, ketujuh-tujuh mereka ditangkap semasa sedang minum bersama-sama pasangan yang dipercayai melanggan mereka.

Kesemua warganegara Thailand tersebut telah dihantar ke Depot Tahanan Imigresen di Ajil untuk siasatan lanjut selama 14 hari. – Bernama

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.