Gelaran Datuk Dipertikai : Terpulang Orang Nak Cakap Apa – Pian Cecupak

Menerusi laporan akhbar Sinar, pelakon komedi, Pian (Cecupak) sedar bahawa masyarakat mempertikaikan anugerah yang diterimanya namun pelakon yang pernah mengaku menyuntik wajah ini langsung tidak kisah dengan tanggapan buruk orang sekeliling.

“Terpulanglah orang nak cakap apa. Tapi saya sebenarnya banyak melakukan kerja-kerja amal bersama anak yatim, ibu tunggal dan juga jemaah masjid.

“Takkan segala benda, lebih-lebih lagi berkaitan amal saya nak hebohkan satu dunia. Saya melakukan kerja amal hanya kerana Allah S.W.T.

“Sesungguhnya hanya Allah S.W.T tahu apa yang saya buat sehingga mendapat kurniaan dan gelaran Datuk ini.

Selain daripada Pian, seorang pelakon yang pernah membintangi telemovie ‘Blok 404’, Boy Iman dan bekas vokalis kumpulan Lefthanded, Nash juga dianugerahkan Darjah Jaksa Naning Melaka (D.J.N.M) dari Kerajaan Naning yang membawa gelaran Datuk.

Sama seperti Pian, gelaran Datuk yang digalas Boy juga dipersoal ramai pihak memandangkan pelakon itu kurang menyerlah dalam industri seni.

Namun Boy menjelaskan penglibatannya dalam kerja-kerja amal secara tak langsung melayakkannya menerima anugerah tersebut.

“Saya terlibat dengan beberapa persatuan atau NGO. Antaranya Persatuan Insan Prihatin Malaysia di mana saya bertindak sebagai timbalan pengerusi.

“Menerusi persatuan saya banyak terlibat dengan pelbagai aktiviti, seperti projek amal bersama golongan gelandangan, anak yatim, orang-orang tua, ibu-ibu tunggal dan sebagainya.

“Sebagai artis, selain menghiburkan tetamu pada majlis-majlis keramaian, peranan saya juga memberi publisiti kepada Yang Amat Mulia dan menguruskan sesuatu majlis.

Dalam pada itu, Nash atau nama sebenarnya Nashrudin Elias memberitahu pangkat Datuk langsung tidak membuatkannya mendabik dada dan berharap penglibatannya dalam kerja amal akan sentiasa berterusan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.