Umno Sabah tuntut RCI semak sistem lesen cari gali, perlombongan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Umno Sabah mencadangkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan bagi menyemak keseluruhan sistem pemberian lesen cari gali dan perlombongan di negeri berkenaan.

Pengarah Komunikasi Strategik Umno Sabah Datu Rosman Ahir Zaman berkata, langkah itu perlu bagi memastikan proses kelulusan lesen dilakukan secara telus dan tidak disalah guna oleh pihak tertentu.

“Umno Sabah juga menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan siasatan bebas dan menyeluruh terhadap keseluruhan proses pemberian lesen cari gali dan perlombongan,” lapor Umno Online di Kota Kinabalu pada Rabu.

Dalam pada itu Datu Rosman juga turut menggesa agar semua lesen yang telah dikeluarkan sejak tahun 2023 dibekukan serta-merta sehingga siasatan berhubung dakwaan rasuah dalam sistem tersebut selesai sepenuhnya.

Datu Rosman turut mempersoalkan bagaimana terdapat syarikat yang mengalami kerugian dan hanya menukar bidang perniagaan kepada ‘eksplorasi mineral’ selepas memohon lesen, boleh diberikan akses kepada kawasan perlombongan yang begitu luas.

Katanya, pendedahan ini menimbulkan keraguan terhadap ketelusan dan integriti dalam sistem pemberian lesen cari gali serta memerlukan tindakan segera pihak berkuasa untuk memastikan tiada penyalahgunaan kuasa berlaku.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat