Persekutuan salur RM14.7 juta peruntukan bencana kepada Selangor, termasuk bantu mangsa Putra Heights

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kerajaan Persekutuan melalui Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) telah menyalurkan peruntukan bantuan bencana kepada Kerajaan Selangor berjumlah RM14.7 juta bagi tahun ini.

Ketua Pengarah NADMA Datuk Khairul Shahril Idrus berkata, peruntukan itu bagi pemberian Bantuan Wang Ihsan (BWI) RM1,000 kepada Ketua Isi Rumah (KIR) yang terjejas akibat bencana dan BWI Kematian sebanyak RM10,000 kepada waris mangsa bencana yang kehilangan nyawa.

Beliau berkata, bantuan berkenaan turut disediakan bagi membantu KIR mangsa bencana yang terjejas akibat insiden kebakaran saluran gas di Putra Heights, Subang Jaya minggu lepas.

“Pejabat Daerah dan Tanah Petaling selaku Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah akan mengagihkan bantuan berdasarkan senarai nama KIR mangsa bencana yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Selain itu, Khairul Shahril berkata, setiap rumah yang terkesan akibat bencana ini turut menerima bantuan tunai berjumlah RM10,000 yang disalurkan kepada pemilik rumah yang musnah sepenuhnya, iaitu RM5,000 daripada Kerajaan Persekutuan dan RM5,000 daripada Petronas.

“Pemilik yang rumahnya separa musnah menerima sumbangan sebanyak RM5,000, iaitu RM2,500 daripada Kerajaan Persekutuan dan RM2,500 daripada Petronas,” katanya.

Beliau berkata, Kerajaan Selangor turut bersetuju memberikan bantuan sewaan sebanyak RM2,000 sebulan selama enam bulan kepada setiap keluarga yang terkesan untuk menyewa rumah sementara kediaman mereka diperbaiki ataupun dibina semula, lapor Bernama.

“Peruntukan ini mencerminkan tanda keprihatinan Kerajaan MADANI kepada mangsa-mangsa bencana di Putra Heights. Bagi melicinkan proses pengagihan bantuan, semua sumbangan hendaklah disalurkan melalui Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Selangor,” katanya.

Insiden kebakaran saluran paip gas Petronas pada 8.10 pagi Selasa minggu lepas mengakibatkan api menjulang setinggi lebih 30 meter dengan suhu mencecah lebih 1,000 darjah Celsius dan mengambil masa hampir lapan jam untuk dipadamkan sepenuhnya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat