Mujahid Turut Tolak Desakan Tubuh RCI Siasat Pengurusan Tabung Haji

KUALA LUMPUR – Tiada keperluan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat pengurusan Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof berkata, kelemahan yang berlaku terhadap institusi kewangan itu amat jelas.

“RCI ini perlu dibuat jika ada perkara yang tak jelas dan banyak perkara misteri dalam Tabung Haji. Tapi tiada yang misteri.

“Ini satu benda yang jelas, kerana itu kerajaan memberikan komitmen memulihkan Tabung Haji menerusi peruntukan RM17.8 bilion, jadi apa gunanya ditubuhkan RCI,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.

Lain-Lain Berita;-

Kerajaan PH Tolak Desakan Tubuh Suruhanjaya Diraja Siasat Pengurusan Tabung Haji

Bonus Tabung Haji Terendah Dalam Sejarah, Menteri Salahkan Kerajaan Terdahulu

TH Rugi RM10 Bilion Tahun 2018, PH Rancang Tuduh Kerugian Itu Dari Tahun 2017 – Najib

Mujahid Guna Perkataan Tahi, Tak Tahan Diasak Isu Jual Aset Tabung Haji

Kisah Aset Tabung Haji RM19.9 Bilion dan SPV Bukan ‘April Fool’

Isu Kononnya Tabung Haji Terlebih Bagi Dividen Kepada Penyimpan – Azeez Rahim Jawab Tohmahan PH

Kadar Dividen KWSP Merosot, Tapi Lim Guan Eng Dakwa Prestasi Terbaik

Jelas Mujahid yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar, desakan untuk menubuhkan RCI hanya untuk menutup kesilapan urus tadbir Tabung Haji yang lalu.

“Apa guna RCI lagi melainkan mereka hanya nak tutup kelemahan yang telah dibuat dan kita telah pulihkan dalam tempoh enam bulan.

“Mungkin kerana nak tutup itu, maka timbulkan isu buat RCI,” katanya.

Semalam, Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mendesak supaya kerajaan Pakatan Harapan (PH) menubuhkan RCI bagi menyiasat segala dakwaan dan salah laku yang berlaku di dalam pengurusan Tabung Haji. – UTUSAN

2 thoughts on “Mujahid Turut Tolak Desakan Tubuh RCI Siasat Pengurusan Tabung Haji

  • April 10, 2019 at 9:14 am
    Permalink

    Takut RCI akan mendedahkan isu sebenar TH. Nanti Pakatan Haprak dah tak ada modal nak salahkan BN lagi. Tak gitu ke jemin ngan mujahit??

    Reply
  • April 12, 2019 at 12:05 pm
    Permalink

    Masa ni ramai hero2 bersuara tubuh rci? Dulu masa umno korang semua pegi mana ha? Nk jadi hero gi la palestin?? Sapa2 tak kira lah… cakap banyak dulu takut tak suara?? Cermin diri lah ya..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.