Video: Biar Rakyat Menilai Mengapa Rafidah Begitu – Shahrizat

KUALA LUMPUR – Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Shahrizat Jalil, yakin orang ramai dapat menentukan dengan bijaksana berhubung tohmahan dilemparkan Tan Sri Rafidah Aziz terhadap kerajaan.

Beliau yakin rakyat boleh menilai kelantangan Tan Sri Rafidah Aziz yang kini kerap memberikan pandangan berat sebelah terhadap Barisan Nasional (BN) secara terbuka.

Menurutnya lagi, beliau merasakan yang tindakan Rafidah itu lebih kepada sensitif berikutan sudah lama tiada dalam jawatan penting negara, namun enggan mengulas lebih banyak tentang perkara itu.

“Mengenai Rafidah, masyarakat boleh menilai dengan baik dan membuat kesimpulan sendiri tentang mengapa beliau jadi begitu.

“Saya tidak mahu komen lebih panjang, mungkin kadang-kadang, bila kita sudah lama berkuasa dan bila tiada lagi jawatan itu, mungkin kita akan terasa.

“Tapi apa pun, kita hormatilah orang tua-tua,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena Mesyuarat Biro Politik Wanita Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), hari ini. -SuaraTV

 

#RafidahBohong

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.