Pembaca Berita Terkejut Baca Berita Mengenai Kematian Suami Sendiri

Seorang penyampai berita hanya mengetahui mengenai kematian suaminya selepas membaca laporan mengenainya dalam berita terkini.

Supreet Kaur, yang bertugas dengan IBC24 di Chhattisgarh, India, sedang melaporkan mengenai kemalangan kereta dan selepas membaca maklumat mengenai kemalangan itu barulah dia tahu suaminya, Harshad Kawade merupakan salah seorang daripada tiga mangsa yang terlibat.

Selepas menyedari Harshad terkorban, dia masih membaca berita selama 10 minit sebelum kamera berhenti merakamkannya. Supreet kemudiannya menangis.

Kejadian berlaku ketika Harshad bersama lima rakannya menaiki kereta untuk ke daerah lain apabila kenderaan mereka dilanggar oleh sebuah lori.

Menurut polis, kerosakan pada kenderaan itu amat teruk dengan tiga maut manakala dua lagi cedera.

Sementara itu, jurucakap IBC24 berkata, walaupun pemberita di lokasi tidak mendedahkan nama mangsa, Supreet mengetahui mengenainya.

“Pasukan produksi kemudiannya baru mengetahui bahawa suaminya terlibat tetapi disebabkan ia adalah siaran langsung maka mereka tidak dapat memaklumkan kepada Supreet,” kata jurucakap itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.