Miera Liyana Kembali Solo

Pernah menjalin hubungan cinta dengan Shahrizal Jaszle dan Afiq Muiz sebelum ini, kini Miera Liyana lebih selesa hidup solo tanpa kekasih.

Biarpun hidupnya kadangkala sunyi, namun pelakon berusia 23 tahun itu mengaku lebih tenang tanpa lelaki di sisi, lapor Kosmo.

Ini kerana, langkahnya dalam memilih kekasih selalunya berakhir dengan episod perpisahan, meskipun hubungan itu dianyam indah pada mulanya.

“Sejujurnya buat masa sekarang saya belum mempunyai kekasih. Memang saya akui kadangkala berasa sunyi, tetapi jika ada kekasih dan berakhir dengan penyesalan buat apa,” ujarnya yang secara tidak langsung menyimpulkan hubungannya dengan Afiq sudah berakhir.

Terdahulu, selepas putus dengan Shahrizal, timbul gosip mengatakan Miera bercinta dengan Afiq. Pelakon kacak itu akhirnya tampil membuat pengakuan sekitar Februari tahun lalu bahawa Miera merupakan kekasihnya.

Pasangan itu dikatakan intim selepas berlakon bersama dalam drama Memori Cinta Suraya yang ditayangkan di Astro pada tahun 2015.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.