Wanita Tuntut Cerai Kerana Suami Terlalu Kacak

ARAB SAUDI – Seorang wanita Mesir menuntut cerai gara-gara suaminya terlalu kacak.

 

Menurut laporan Emirates 247, wanita itu berkata hidup bersama suaminya itu membuatkannya sengsara.

 

Beliau dan suaminya yang merupakan seorang doktor sudahpun berkahwin selama tiga tahun.

 

Menurut wanita itu beliau tidak dapat mempercayai suaminya dan sentiasa mempunyai perasaan amat cemburu.

 

Beliau khuatir suaminya mungkin menjalinkan hubungan sulit disebabkan wajahnya yang begitu kacak dan kaum wanita juga dikatakan sering mencuri pandang terhadap suaminya, menurut laporan Emirates 247.

 

Kisah wanita Mesir itu kini menjadi viral di lelaman media sosial.

 

Ramai wanita lain yang bersetuju dengan keputusan yang dibuat olehnya sambil berkata ia adalah keputusan yang bijak, tambah Emirates 247.

 

Salah seorang pengguna internet, Laila, berkata daripada meneruskan kehidupan dalam keadaan sengsara dan sering berdepan dengan tekanan, lebih baik wanita Mesir itu dan suaminya berpisah. – Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.