Video: Syed Saddiq Seru KJ ‘Selamatkan Malaysia’

KUALA LUMPUR – Pendebat Terbaik Asia, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengajak Khairy Jamaluddin bersama-sama anak muda dalam gerakan menyelamatkan Malaysia.

 

Beliau juga mempelawa Naib Ketua Pemuda, Khairul Azwan Harun untuk menyertai gerakan itu bagi menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

 

“Kepada pemimpin UMNO, Khairy dan Azwan Bro yang saja sanjungi. Saya sangat hormatkan anda. Ini adalah gerakan rakyat.

 

 

“Tapi, tolonglah bersama kami dalam gerakan ini. Inilah tempat dan masanya untuk kamu berdiri dan bercakap,” katanya ketika pelancaran Deklarasi Anak Muda di Kelab Sultan Sulaiman di sini, hari ini.

 

Syed Saddiq berkata, dia menggangap Khairy seorang pemimpin muda yang mampu menyelamatkan UMNO.

 

“Saya masih yakin dan percaya kepada kamu tetapi semakin hari semakin terhakis,” katanya sambal menambah, golongan muda ditipu tetapi tidak muda dipengaruhi oleh pemimpin.

 

Katanya, Deklarasi Anak Muda itu bukan bertujuan memusuhi sesiapa tetapi sekadar memastikan usaha menyelamatkan Malaysia berjaya.

 

Syed Saddiq turut mengumumkan ‘Pergerakan Riben’ dengan menyeru golongan muda seluruh negara mengikat riben berdasarkan warna Jalur Gemilang sebagai menyokong gerakan Selamatkan Malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.