Video: Peniaga Melayu Kecewa Tapak Berniaga Sering Diserbu

SHAH ALAM – Salah seorang peniaga di Shah Alam mempertikaikan sikap kerajaan negeri di bawah pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Azmin Ali yang menurutnya menindas golongan peniaga.

 

Ia ekoran tindakan pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menyerbu lokasi perniagaan mereka di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam.

 

Individu yang menggelarkan dirinya sebagai Pengerusi Persatuan Peniaga Melayu Selangor menyatakan pihaknya sebelum ini telah memohon untuk mendapatkan tapak perniagaan secara sah dari kerajaan negeri. Namun gagal kerana tidak mendapat sebarang respon.

 

 

“Sebelum ini saya ada mohon dengan persatuan saya untuk mendapatkan tapak niaga di sini secara sah tetapi tidak mendapat kelulusan, notis atau apa-apa. Jadi, penguatkuasa terus serbu tapak perniagaan kami,” katanya menerusi video yang dimuat naik di laman Facebook.

 

Menurutnya lagi, sewaktu pilihan raya umum lalu, pelbagai janji yang telah ditabur kepada mereka, namun setelah berjaya merampas Selangor dari pentadbiran Barisan Nasional, janji hanya tinggal janji.

 

“Semasa Azmin Ali, PKR hendak memerintah Selangor, macam-macam janji pada Melayu, tetapi hari ini apa yang kami dapat,” keluhnya.

 

Bahkan, beliau mendakwa di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat juga, pihak penguatkuasa tidak pernah melakukan sebarang serbuan secara besar-besaran di pusat-pusat maksiat atau perjudian.

 

Sebaliknya, bagi mereka yang berniaga di lokasi berkenaan, telah diserbu sebanyak tiga kali pada sepanjang tahun ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.