TPM Menangis Ketika Ziarah Haron Din Di IJN

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini, menziarah Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din yang dirawat di Institut Jantung Negara (IJN) di sini.

 

Kedatangan beliau ke IJN ditemani isterinya Datin Seri Hamidah Khamis.

 

“Saya dan isteri menziarahi Tuan Guru Dato Haron Din. Sama-samalah kita berdoa semoga beliau segera sembuh. Amin,” kata Zahid di laman Facebook beliau hari ini.

 

Zahid turut dilihat menitiskan air mata ketika lawatan tersebut apabila Haron dikatakan menyanjungi usaha yang dilakukan oleh kerajaan untuk menyusun dan menghasilkan naskah Al-Quran bersama tafsiran sendiri.

 

Haron sudah beberapa kali menerima rawatan bagi komplikasi jantung di IJN.

 

Sebelum itu, pada 5 April lalu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak turut menziarahi Haron di IJN.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.