Sembah Silap Patung

BEIJING – Tindakan seorang wanita tua yang di lihat menyembah  sebuah patung dewa telah menjadi viral di laman sosial.

 

Namun yang mengelirukan adalah patung tersebut adalah sebenarnya patung watak adiwira dalam permainan internet .

 

Wanita tersebut begitu teruja dan taksub sehinggakan beliau melutut, menyembah dan membakar colok di hadapan patung yang didakwa menyerupai Dewa Guan , yang merupakan jeneral china ketika pemerintahan Tiga Kerajaan sebelum diangkat menjadi dewa.

 

Namun hakikatnya patung itu sebenarnya ialah Garen, yang terkenal dalam Liga Lagenda dalam sebuah permainan internet.

 

Insiden tersebut telah menarik perhatian netizen sehinggakan mereka memuat naik beberapa komen menarik.

 

” Nasib baik tak tersilap sembah robot transformers.” kata Jack Parcell.

 

” Berita tempatan memang suka cover pasal china yg tak elok. knapa yer?” ujarnya. -SuaraTV

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.