SAMB Syarikat ‘Besau’, Aduan Buat Tak Tahu Kata Timbalan Menteri

KUALA LUMPUR – Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Datuk Dr. Abu Bakar Mohamad Diah mendakwa Syarikat Air Melaka Berhad tidak melayan dan mengutamakan aduan yang telah dilakukan oleh penggunanya.

 

Menurut beliau dalam satu muatnaik status Facebook miliknya, beliau telah menerima runggutan dari seorang pengguna SAMB yang menyatakan bahawa terdapat paip rosak namun pihak SAMB tidak melakukan sebarang tindakan terhadap aduan tersebut.

 

“Orang marah ini aduan dari pelanggan SAMB…pengadu seorang Yang bertanggungjawab..buat aduan SAMB buat tidak tahu..kalau nak tahu SAMB tu ialah syarikat besau…SYARIKAT AIR MELAKA AIR BERHAD…supaya senang faham..air satu melaka ini SAMB punyalah.

 

“Tapi paip bocor…kecil sahaja..bila buat aduan tidak datang baiki…entahlah ….tolong SAMB….warga Tangga Batu mengadu kepada Saya..warga Tangga Batu Sentiasa di Hati.” katanya dalam status tersebut.

 

Perkongsian status berkenaan telah menarik perhatian netizen dan rata-rata daripada mereka menyokong tindakan beliau mengajukan isu ini dan terdapat juga beberapa netizen yang mengalami peritiwa yang melibatkan SAMB.

 

“Betul tu segelintir technician SAMB kahau..kita minta tolong check meter air masalah sebab  tak ada air hampir nak malam, marah-marah kita pasal call malam – malam..rasa SAMB bayar oncall tech atau on duty technician. tak nak kerja berhenti je. Byk org nak kerja. tapi ada juga technician yg ok. “kata Fizi Yakop .

 

“Terus kan tok burn …Rakyat yg #Undi tok burn .. bukan mereka  mereka yang berkasut panjang ke depan tu …Tok burn membalas budi Rakyat .. ! Salah ke ?” ujar Xabi Tam Brother’s Crew. -SuaraTV

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.